c

DIY via Youtube (Father’s Day Card)

23 Jun 2019 | Aktiviti Terkini

DIY via Youtube dengan pembuatan kad Hari Bapa diadakan pada 22 Jun 2019 yang bertemakan “Kami Sayang Bapa” diekspresikan melalui kad yang menarik dan berwarna –warni. Mereka mencari idea melalui Youtube yang memberi seribu satu kreativiti untuk menghasilkan kad Hari Bapa yang menarik. Mereka menggunakan lebih 10 carian di Youtube untuk menggabungkan idea supaya lebih cantik dengan dekorasi berwarna-warni.

Kelas bermula pada pukul 12.00 tengah hari hingga 1.00 petang. Mereka berkongsi rasa bersyukur dengan menghargai jasa bapa masing-masing dalam membesarkan mereka sejak kecil lagi.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali